KISAS juara pertandingan nasyid iCEPs 08

Oleh:Nazihah Abd Rauh

 

Antara kumpulan nasyid sekolah yang menyertai pertandingan nasyid iCEPs 08

 

Nilai- Pertandingan nasyid antara sekolah menengah anjuran program Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) 08  diadakan di Stadium Nilai, tertutup sempena minggu keusahawanan . Hanya lima sekolah sahaja yang dipertandingkan.

 

  Kolej Islam Sultan Alam Shah merangkul keseluruhan pertandingan nasyid ini. Mereka ini membawa  pulang wang tunai sebanyak RM500 beserta hamper, manakala tempat kedua dimenangi Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur( SMA KL),   tempat ketiga dari Sekolah Menengah Agama, Hulu Langat (SAM 10), tempat keempat dari Sekolah Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.   

 

   Menurut Izhar Zuhairi selaku juri pertandingan nasyid mengulas dalam ucapan akhir pertandingan nasyid berkata beliau amat berpuas hati dengan persembahan dari pelajar-pelajar yang terlibat.

 

   Pemenang-pemenang pertandingan nasyid ini mempersembahkan susunan muzik yang harmoni diikuti dengan intro dan autro yang sesuai.

 

   Tambah beliau lagi kelemahan-kelemahan yang terdapat pada kebanyakkan peserta ini tidak mengetahui tentang pemarkahan yang diadili.  

 

   Amiruddin Mohd, 16, KISAS  berbangga dengan kejayaan mereka dalam pertandingan sebegini,” saya bersyukur kerana dengan berkat usaha kumpulan saya dapat juga anugerah ini.”. ” Latihan persediaan kami hanya sempat buat selama sebulan sahaja,” ujarnya.

 

   Ahmad Noormuttaqin Nor Salim,17, SAM 10, berkata program ini boleh dijadikan sebagai satu program yang berprestij.” Mungkin pihak penganjur boleh mengadakan  pertandingan nasyid seperti ini di peringkat IPTA/S ke  peringkat lebih tinggi.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1 Comment

  1. rynhassan said,

    April 18, 2008 at 5:34 am

    salam..
    Berita yang menarik..
    Teruskan berusaha mencapai cita-cita anda..
    Selamat berusaha


Leave a comment