Minggu Integriti di USIM

Sambutan amat menggalakkan sempena Minggu Integriti peringkat Kolej Kediaman. 

NILAI-   Program Minggu Integriti peringkat Kolej Kediaman telah diadakan buat kali pertama kali di kafeteria  Kolej Kediaman Nilam Court pada 23 haribulan sehingga 31 haribulan Januari 2008.

          Pembukaan Minggu Integriti ini dirasmikan oleh Puan Fariza Puteh Behak selaku Pengetua KKC di kafeteria Nilam Court.  Bersempena  melahirkan pelajar berintegriti, beberapa program telah dianjurkan oleh jawatankuasa kediaman pelajar ( JAKSA ).

          Sambutan dari setiap kolej kediaman USIM amat menggalakkan. Program yang dilangsungkan selama seminggu ini melibatkan daripada semua Kolej Kediaman.                       

          Antara program menarik dijalankan adalah pertandingan sketsa, boria, pantun dan nasyid. Pertandingan Pantun telah dimenangi oleh pelajar perubatan dari Kolej Kediaman Pandan Mewah, diikuti dari  KKNC dan KKSI. Bagi pertandingan boria pula dimenangi oleh KK Pandan Mewah, KKC dan KKNC.

          “Program seperti ini amat menarik jika dijalankan lebih kerap lagi. Ini kerana bukan sahaja dapat mencungkil bakat pelajar itu sendiri malah disiplin pelajar dapat disemai sekali,”kata Rohimah Md said, 22.

          Menurut Md Ishah Rahman selaku urusetia ahli jawatankuasa penyelaras dan pelaksana program minggu integriti yang ditemui baru-baru ini menyifatkan program integriti perlu dilaksanakan secara berterusan.

          Ini kerana sebahagian pelajar tidak sedar dengan peraturan yang sedia ada. Beliau juga menegaskan bahawa, melalui program ini dapat mendisplinkan para pelajar seterusnya mempraktikkan semasa di era pemasaran. Sikap disiplin perlulah ada pada setiap para pelajar. 

Majlis penutupan program minggu integriti  dirasmikan oleh Prof Dato’ Dr Asin Dollah, selaku  timbalan naib canselor HEP dan Alumni di Kafeteria Kolej Kediaman Nilam Court.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a comment