
Aku dan rakan-rakan seperjuangan di LCCT
Pada 15 Mei 2008 , alhamdulillah akhirnya aku dan rombongan USIM yang lain telah pergi ke Pnonm Penh, kemboja untuk program khidmat masyarakat. Tujuan kami ke sana hanyalah ingin mengetahui keadaan sbnr cabaran hidup yang dialami oleh Muslim Kemboja serta memberi bantuan yang termampu kepada mereka yang memerlukan.
Kami tinggal selama 5 hari shaja. Pengalaman aku di sana amat manis dan sukar untuk digambarkan pengalaman itu dan betapa bertuahnya kita dlahirkan dan dibesarkan di Malaysia ini.
Sesampai tiba di sana, kami disambut oleh wkil pihak Kebajikan kemboja, di mana beliau menolong memudahkan pengurusan prosedur imigeresn. Pada mulanya kami bmbg krna berada di tmpat asing, tapi mujur lah di lapangan terbang Pnomn Penh juga kami ditemukan oleh Kak Asma’ asal dari Kemboja dan wakil RISEPS di mana mereka ini akan menemankan kami sepanjang kami berada di sana.
Jarak antara lapangan terbang Pnomn Penh dengan Kg. Bantey Prei, Daerah Kampung Som yang kami menginap memakan masa selama 4 jam. Bayangkan untuk sampai ke kg. tersebut kami perlu naik bus yang kecik yang memuatkan 18 orang bersama barang2 sumbangan dengan barang2 persendirian.mmg mcm ikan sardine lah..
Sepanjng jalan nak ke kg. Bantey Prei, Daerah Kampung Som aku dapati bnyak sawah padi yang ditanam oleh penddk kg kemboja di mana itulah sumber pendapatan utama merka di sana. Aku jgk terkejt krn di jalan raya bnyak terdapat penuggng motorsikal melebihi dari 2 orang. Knderaan 4 roda juga blh mmtkan sebuah motorsikal.byagkanlah..pelikkan?tapi bagi orang2 kemboja perkara ini tidaklah masalah kerana perkara itu mereka perlu hadapi tiap2 hari. Aku ade gak Tanya kak Asma’, beliau kata masalah kemalangan kurang berlaku sbb mrka ini mgkn lbh berhati2. tapi jgn buat di rumah yea aksi ini.mmg membahayakan nyawa btl.
Semasa aku berada di sana, hatiku selalu tersentuh dgn keadaan pnddk di sana..keadaan mereka blh lah spti keadaan kiter masa 30 tahun dahulu..aku lihat Negara mereka blh maju jika ader keinginan nak ke arah itu..dari segi keadaan Negara mereka blh maju standing dgn Negara luar..sayangnya bnyak tanah-tanah yang terbiar, dan sbhagian tahap pendidikan bagi penddk kg tidak lah tinggi sgt oleh krna tahap ekonomi keluarga mreka yang tidak mengizinkan. Ader gak sbhagian anak2 pnddk kg yang berjaya telah berhijrah ke luar Negara dan melanjutkan pelajaran dan bekerja untuk merubah nasib keluarga mereka.
Di sana kami tinggal bersama keluarga angkat yang diaturkan oleh Mai Sarah, pelajar Usim gak yang asal dari kemboja jugak. Beliau bnyak membantu kami nak ke sana.Ibu beliau jugak bnyak membri bantuan kpada kami sepanjng kami berada di sana. Ibu Mai dan keluarga angkat telah bersusah payah menyediakan masakan yang enak dan sedap sgat. “Cengai chan” itulah sbhgn ayat untuk mgmbarkan makann itu sdp sgt.. . smpai skrng aku masih ingat lagi kenangan di sana. Walaupun bnyak kkrgan namun ader sesuatu yang menarik aku untuk merindui dan ingin sekali menetap lebih lama lagi..mgkn dari keramahan pnddk di sana, entahlah..aku masih terfikir2..kemboja dalam kenangan….
Setibanya kami smpai di kg Bantey Prei, Daerah Kampung Som, kami disambut dgn penuh kemesraan oleh pnddk kg. di masjid bsar kg itu.Sblum kami berangkat ke rumah keluarga angkat, kami terlebih dahulu beramah mesra dgn penddk kg di sana. Di sana ader bilal yang blh menterjemah bahasa melayu.jadi tidak ader masalah untuk kami untuk menyampaikan hasrat kami kepada penduduk kg di sana..Pada mulanya kami agak terkejut dan terharu dgn pnddk kg tersebut..Mereka telah menunggu kami lama hanyalah untuk menyambut kepulangan kami.
Di sana kami telah dipecahkan tmpat tinggl, di mana lelaki ditmpatkan di masjid bsr kg tersebut dan perempuan ditmpatkan di rumah keluarga angkat…pada waktu makan, kami bkmpul bsma-sama dan makan di rumah keluarga angkat. Makanan disediakan oleh host. Rumah yang kami tinggl tidak mempunyai elektrik, jadi alat generator digunakan sebagai ganti..
Di Malaysia, jemaah muslimin dan muslimat dibenarkan untuk solat di masjid, ttpi di kg. Bantey Prei , hnyalah lelaki sahaja dibenarkan untuk berbuat demikian..mgkn itulah adat mereka di sana…
Sepanjang kami di sana, kami jugak ada aktiviti menziarahi penduduk kg sana. Keadaan kg di sana amatlah susah..sumber pendapatan mereka seperti diibaratkan kais pagi makan pagi kais ptg makan ptg..namun mereka anggap perkara itu lumrah kehidupan mereka..namun mereka punya harapan yang tinggi, kepada anak2 mrkalah mereka mengharap supaya belajar bersungguh dan dari situ dapat merubah nasib mereka menjadi baik…tapi di sana anak2 lbh gemar menolong ibubapa mereka jika tidak punya pekerjaan..ader jgk harapan ibubapa ingin melihat anak2 mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi namun dgn keadaan ekonomi mereka yng tidak mengizinkan, terpaksa batal niat murni itu..bantuan akan diberikan seperti biasiswa kepada pelajar yang bijak sahaja..
Sblum kami berangkat pulang, kami juga telah melawat sekolah pondok Al-Muhajirin di kg. Som, kami jugak sempat bersiar2 di Russian market, Central Market, dan kami jugak smpat melawat Penjara di sana.
Aku berharap sgt agar ader bantuan2 dari luar yang sudi menghulur bantuan kepada mereka ini. Selain bntk pertolongan spti sudut kebendaan diharapkan, kata2 semangat, tarbiah, ta’lim jugak amat diperlukan kepada pnddk kemboja ini…mereka ini ada potensi untuk maju ke hadapan jika ader pihak2 yang lain yang sudi membuka mata mereka ke arah itu..marilah kiter berdoa agar penddk kemboja terus teguh dan kuat untuk meneruskan kehidupan ini..