Pada masa kini, kira-kira 500 juta orang boleh bertutur dalam Inggeris. Globalisasi Bahasa Inggeris ini berlaku kerana bahasa ini merupakan bahasa yang paling popular kerana ia merupakan bahasa internet, bahasa perdagangan, bahasa sains dan teknologi dan bahasa diplomatik. Ia juga menjadi bahasa utama di beberapa buah negara di dunia sekarang.
Tambahan pula, Inggeris merupakan bahasa utama dan umum dalam bidang komunikasi dan interaksi global serta transaksi perniagaan. Kebanyakan bahan bacaan dan rujukan dalam internet terdapat dalam Bahasa Inggeris; kebanyakan buku ilmiah dalam bidang-bidang seperti undang-undang, sains dan teknologi, perubatan dan perakaunan diterbitkan dalam bahasa ini.
Oleh itu, Bahasa Inggeris telah menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) dunia moden. Jika kita ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat berilmu dan perpengetahuan (Knowledge Society) dan menghadapi secara berkesan cabaran-cabaran globalisasi, kita, terutamanya golongan belia-beliawanis dan generasi muda, dikehendaki mengambil sikap yang membina dan positif terhadap pembelajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris. Terdapat beberapa cara untuk belajar dan menguasai Inggeris. Cara yang amat penting ialah untuk benar-benar menunjukkan keinginan bagi belajar bahasa ini dan membelanjakan masa yang mencukupi dan secara konsisten bagi menguasai bahasa ini.
Berikut ialah petua praktikal atau panduan mengenai cara yang terbaik untuk menguasai bahasa Ingggeris:-
1. Baca surat khabar harian, rencana pengarang, makalah dan cerpen dan novel yang yang baik. Juga dengar siaran berita BBC, CNBC, CNN dan stesyen-stesyen radio dan tv tempatan- ini juga boleh membantu anda dan menambahbaikkan sebutan Inggeris.
2. Baca stiap hari. Lebih baik jika anda baca selama sejam sehari tanpa apa- apa halangan. Jika anda membahagikan jam pembelajaran kepada jangka masa kecil sebanyak 15 minit sepanjang hari, penumpuan anda akan menjadi kuat dan anda boleh belajar cepat dan pengingatan anda juga boleh meningkat.
3. Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan orang dalam pembelajaran Bahasa Inggeris ialah ketakutan mereka sendiri. Mereka takut mereka tidak berupaya menyatakan sesuatu secara betul dan tepat dan lantaran itu mereka enggan bercakap. Cara yang paling cepat untuk belajar sesuatu bahasa baharu ialah buatnya berulang kali. Sama seperti yang lain, pembelajaran Inggeris memerlukan latihan.Jangan membenarkan ketakutan anda menjejaskan apa anda ingin mencapai.“Gunakannya atau hilangkannya ( “use it or lose it” ) merupakan satu nasihat yang perlu diikuti dalam perkara ini.
4. Gunakan pelbagai sumber, alat dan kaedah untuk belajar Inggeris. Internet ialah suatu sumber yang penting sempurna bagi belajar Inggeris. Cuba buat kuiz secara talian yang disediakan oleh BBC World Service dan pihak yang lain. Ini akan membolehkan anda menilai tahap kemahiran anda dalam Bahasa Inggeris.
All the Best!!
Source:
www.kpwkm.gov.my
hafsah said,
April 9, 2008 at 10:18 am
Bagus tips ni,..
farahdhiya said,
April 11, 2008 at 2:04 pm
the good article to gain the english language…good effort.
budok qlate said,
April 15, 2008 at 2:36 am
Harap boleh ambik manfaat dari artikal ni…
mesti cuba cara ni..
TQ untuk artikal ni..
rullhieda0612 said,
April 15, 2008 at 12:51 pm
artikel yang bagus dan mampu menarik minat orang yang membaca artikel ini..teruskan usaha anda untuk menghasilkan rencana yang lebih menarik lagi pada masa yang akan datang..
syikinyahya said,
April 17, 2008 at 4:30 am
artical ini ok, cz ade tips-tips yang bagus