Dangers practice in drugs and aids

NILAI- “Teenagers should aware not to practice in chemical drugs,” said the Deputy of PEMADAM club, Mohd Noor Mat Saman, 61, Perlis.

            He said, if someone involve in chemical drugs soon will be addicted and he would be more aggressive as normally before.

            “Even professional get high influence because want to achieve excellent in studies and to stay up late at night for study,” he said when promoted the campaign Fair of awareness Drugs and Aids 2008 in USIM recently. 

He also said that among these professionals that desire to stay strong for a couple days would drink coffee mix up with medicine like paracetemol.  

            The campaign Fair is co-organised by Unit Kaunseling dan Pembangunan Sahsiah(UKPS), Kelab Pembimbing Rakan Universiti( PRU), Jaksa Nilam Court dan Camelia Court. Mohd Noor Mat Saman said students should be more alert and not take it for granted after these. 

            Nadiah Ramlan, 22, FPQS (Secretariat PRU), said that with this Fair may give some impact among students on important of hygiene and to avoid from involve in drugs and aids. 

            “We open up with this Fair for six days to give awareness of dangers involve in drugs and aids because there are statistic shown very high among teenagers who get influence in it,” she said. 

            Suhaila Samsudin, 20, Matriculation said, “these Fair should be held more frequently as to remind among us important to stay healthy without drugs and aids.” She also said that after this campaign, we would be more conscious in our daily life. 

            Besides campaign fair, there are also quizzes, competition and visits to jail in Sungai Besi and care center HIV Aids Cheras.  

board information of awareness drugs and aids 

 

 

 

Minggu Integriti di USIM

Sambutan amat menggalakkan sempena Minggu Integriti peringkat Kolej Kediaman. 

NILAI-   Program Minggu Integriti peringkat Kolej Kediaman telah diadakan buat kali pertama kali di kafeteria  Kolej Kediaman Nilam Court pada 23 haribulan sehingga 31 haribulan Januari 2008.

          Pembukaan Minggu Integriti ini dirasmikan oleh Puan Fariza Puteh Behak selaku Pengetua KKC di kafeteria Nilam Court.  Bersempena  melahirkan pelajar berintegriti, beberapa program telah dianjurkan oleh jawatankuasa kediaman pelajar ( JAKSA ).

          Sambutan dari setiap kolej kediaman USIM amat menggalakkan. Program yang dilangsungkan selama seminggu ini melibatkan daripada semua Kolej Kediaman.                       

          Antara program menarik dijalankan adalah pertandingan sketsa, boria, pantun dan nasyid. Pertandingan Pantun telah dimenangi oleh pelajar perubatan dari Kolej Kediaman Pandan Mewah, diikuti dari  KKNC dan KKSI. Bagi pertandingan boria pula dimenangi oleh KK Pandan Mewah, KKC dan KKNC.

          “Program seperti ini amat menarik jika dijalankan lebih kerap lagi. Ini kerana bukan sahaja dapat mencungkil bakat pelajar itu sendiri malah disiplin pelajar dapat disemai sekali,”kata Rohimah Md said, 22.

          Menurut Md Ishah Rahman selaku urusetia ahli jawatankuasa penyelaras dan pelaksana program minggu integriti yang ditemui baru-baru ini menyifatkan program integriti perlu dilaksanakan secara berterusan.

          Ini kerana sebahagian pelajar tidak sedar dengan peraturan yang sedia ada. Beliau juga menegaskan bahawa, melalui program ini dapat mendisplinkan para pelajar seterusnya mempraktikkan semasa di era pemasaran. Sikap disiplin perlulah ada pada setiap para pelajar. 

Majlis penutupan program minggu integriti  dirasmikan oleh Prof Dato’ Dr Asin Dollah, selaku  timbalan naib canselor HEP dan Alumni di Kafeteria Kolej Kediaman Nilam Court.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Patutkah PTPTN dikenakan kadar bayaran bunga?

Oleh:Nazihah Abdol Rauh 

Money is important in our life.    

Kenapa perlu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  mengenakan bayaran bunga yang tinggi kepada pelajar yang ingin melangsaikan hutang pinjaman? Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional merupakan salah satu badan tabung pinjaman khas untuk pelajar-pelajar yang ingin meneruskan pengajian di IPT samada  swasta dan kerajaan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Pinjaman yang tidak dikenakan potongan semasa membuat  pembayaran.      

Kelebihan  pinjaman PTPTN ini dapat mengurangkan beban seseorang untuk melangsaikan hutang yuran pembelajaran. Pelajar yang tamat pengajian dengan kelas pertama akan dapat pengecualian daripada dibayar.

Selain itu, ia juga dapat   meringankan beban pelajar yang kurang kemampuan untuk menyambung pelajaran.       

Asasnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah ditubuhkan di bawah Akta Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Selain fungsinya memberi kemudahan pinjaman pendidikan kepada pelajar, PTPTN juga mengadakan perkhidmatan mentadbir, mengawas, dan memungut bayaran balik pinjaman.      

Akan tetapi, Akta Tabung Pendidikan Tinggi Nasional perlu menyelidiki kemampuan pelajar yang baru tamat pembelajaran dan belum tentu dapat pekerjaan tetap. Pihak PTPTN ini mengenakan kadar bayaran bunga sebanyak 4% setahun ke atas baki berkurangan. Dimaksudkan dengan 4% adalah kos pentadbiran yang hanya dikenakan keatas baki pinjaman, bukannya jumlah keseluruhan pinjaman. Selepas enam bulan pelajar itu tamat pengajian caj akan dikenakan. Anggaran caj sebenar yang perlu di bayar oleh seseorang pelajar adalah di antara 1.6% sehinggga 1.8% setahun bagi tempoh pinjaman antara 10 tahun hingga 20 tahun Di mana seseorang graduan perlu membayar pinjaman anggaran  sebanyak RM200 sebulan. Jika seseorang pelajar ingin membuat pembayaran  balik pinjaman pendidikan boleh dibuat secara ansuran bulanan untuk selama di antara 10 hingga 20 tahun.        

Pembayaran balik ini perlu mula dibuat selepas tiga sehingga enam bulan tamat pengajian atau apabila mendapat pekerjaan, mana yang terdahulu. Bayaran balik hendaklah dibuat melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri yang dilantik oleh Kerajaan sebagai agen pemungut bagi pihak PTPTN. Bayaran balik juga boleh dibuat melalui lain-lain cara asalkan dipersetujui oleh PTPTN. Pihak PTPTN sedia menerima bayaran yang dibuat secara sekaligus atau dalam apa-apa amaun asalkan tidak kurang dari jumlah bayaran yang telah dipersetujui menerusi Surat Perjanjian. Bayaran balik pinjaman mengandungi amaun pinjaman pokok serta kos pentadbiran yang dikenakan sebanyak 4% setahun berdasarkan baki berkurangan setiap bulan.      

Mengikut pada perjanjian yang telah ditetapkan oleh PTPTN, mampukah graduan pelajar yang baru tamat pengajian membayar hutang balik? Kita dapati sekarang persaingan pekerjaan adalah sengit memandang orang asing berlumba-lumba mendapat pekerjaan di negara kita. Ini juga akan menjuruskan kepada  ramai pengganguran graduan pelajar. Pihak yang tertentu perlu bertimbang rasa dalam hal ini.    

Kita telah pun dikejutkan dengan beberapa berita yang dahulu berpuluh-puluh ribu graduan pelajar yang masih tidak mampu untuk melangsaikan hutang pinjaman. Menurut Puan Nurhazreen bin Mohd Nor selaku kaunselor di Universiti Sains Islam Malaysia, pinjaman PTPTN dikenakan bayaran bunga kerana sebab polisi PTPTN. Secara psikologi memang relevan pinjaman perlu dipulangkan atau dibayar balik kepada peminjam. Ini kerana bila membuat pinjaman perlulah dipulangkan balik, jikalau tiada kadar bayaran bunga mungkin penghutang enggan memulangkan wang tersebut. Ini juga dikenali sebagai proses timba balik. Contohnya pelajar A ingin membuat pinjaman dan pelajar B ingin memulangkan wang pinjaman yang dipinjam dahulu.  Seperti mana kita lihat mana-mana bank turut mengenakan bayaran bunga ke atas peminjam.       

Beliau turut berpendapat bahawa pembayaran pinjaman yang tertangguh akan menyebabkan sebahagian peminjam baru di IPT akan mengalami masalah masih menunggu status untuk mendapat pinjaman dari PTPTN. Peminjam-peminjam PTPTN ini boleh dikategori kepada empat kelompok. Kelompok yang pertama merupakan permohonan pinjaman buat pertama kali semasa minggu ta’aruf. Kelompok yang kedua pula adalah kesinambungan dari kelompok satu. Kelompok ketiga adalah dari kategori pelajar yang mempunyai masalah ketika memohon pinjaman. Contohnya dari kelompok satu, peminjam gagal membuat atau mendapat pinjaman, mereka akan terus digolong dalam kelompok yang ketiga di mana mereka ini mempunyai masalah ketika memohon pinjaman. Kelompok keempat pula merupakan golongan peminjam-peminjam yang menggunakan kaedah permohonan pinjaman PTPTN secara on-line. Pada bulan Julai tahun 2007, pihak PTPTN menggunakan khidmat permohonan pinjaman secara on-line, menyebabkan banyak masalah teknikal berlaku.

Jika kita lihat dari pelbagai sudut dan perspektif Islam adalah tidak menggalakkan dan mengharamkan sama sekali kaedah sebegini. Mengapakah keadaan ini masih lagi diwujudkan meskipun telah banyak isu ini diperbincangkan dan didebatkan? Apakah sebenarnya tujuan pinjaman mengenakan peratusan bunga yang tinggi? Akibatnya kita dapat lihat dan dengar segelintir graduan pelajar yang masih tidak mampu untuk bnk

membayar. Ini kerana setiap pinjaman wang yang dipinjam akan dinaikkan kadar bayaran bunga sehingga tamat tempoh perjanjian pinjaman. Adakah disebabkan oleh bayaran yang dikenakan oleh pihak pinjaman itu sendiri?

Hakikatnya akan menyumbangkan masalah yang besar kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran dari pelbagai institusi yang berlainan contohnya pelajar mengambil sijil Diploma dan sijil Ijazah yang berlainan institusi. Jumlah pinjaman pendidikan akan diberi kepada setiap pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama iaitu di antara RM3,500 hingga RM7,000 setahun bagi pelajar aliran sains, dan daripada RM3,000 hingga RM6,500 setahun bagi pelajar aliran sastera. Manakala  jumlah amaun pinjaman bagi pelajar di peringkat diploma pula adalah di antara RM2,500 hingga RM5,000 setahun. Bagi pelajar di IPTS pula mereka ini mendapat pinjaman di antara RM8,500 hingga RM20,000 setahun bagi pelajar peringkat ijazah pertama aliran sains, dan daripada RM8,000 hingga RM16,000 setahun bagi pelajar aliran sastera. Bagi pelajar peringkat diploma, amaunnya ialah RM3,500 hingga RM5,000 setahun. Pinjaman yang diberi kadang kala terlalu banyak sehingga pelajar yang tidak matang akan menyalahgunakan wang pinjaman tersebut. Kadang- kala mereka ini akan lupa untuk mengikuti syarat-syarat dan perjanjian ketika memohon pinjaman dahulu.      

Menurut Najwa binti Abdol Rauh, peguam di Abu Talib Shahrom berkata, dalam Islam tidak digalakkan pinjaman mengenakan kadar bayaran bunga. Ini kerana dalam Islam ia merupakan salah satu dari riba. Riba sebenarnya tidak dibenarkan sama sekali dalam Islam. Pihak yang bertindak demikian adalah ingin mendapat keuntungan semata-mata dari pinjaman yang diluluskan. Riba tersebut wujud tanpa persetujuan antara dua pihak. Jika seseorang memohon pinjaman menerusi skim Murahabah, dan Mudharabah tidak akan dikenakan faedah atas peminjam, ini kerana salah satu perbankan Islam.     

Seorang pensyarah dari Fakulti Undang-Undang, di Universiti Kebangsaan Malaysia( UKM) telah mengulas dalam bukunya bertajuk ” Undang-Undang Muamalat dan Aplikasinya kepada produk-produk perbankan Islam” dalam bab kontrak riba ( Aqd al-Riba), bagi definisi  riba ialah  perkataan Arab ertinya mengikut penggunaan umum ialah pertambahan, kesuburan. Al- Sarakhsi, dalam kitabnya bertajuk al- Mabsut, jilid.12 halaman 109, berkata Riba mengikut penggunaan bahasa beerti pertambahan. Ini digambarkan  oleh Qur’an dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud, ” Wahai orang yang beriman janganlah kamu makan riba secara berlipat ganda,”.( Surah Al-Imran:130). Selain itu, firman Allah s.w.t yang bermaksud,” Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba,” (Surah Al-Baqarah: 275).     

Petikan dari kata-kata Qurtubi pula, menjelaskan makna bagi ayat tersebut adalah riba( penambahan ) bayaran itu apabila ia membayar hutang masa lain daripada ketetapan yang dipersetujui, contohnya ketika akad diadakan ditetapkan asas hutang, bayaran hutang melainkan bentuk demikian, bila sampai masa pembayaran pemiutang akan berkata kepada penghutang, “Samada anda membayar hutang seperti yang dipersetujui atau menambah bayaran, maka Allah mengharamkan penambahan itu,”(Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, jil.3, hlm:3).

Mengikut pandangan ini, jelaslah bahawa dalam Islam tidak digalakkan mengenakan kadar bayaran bunga apabila memberi pinjaman. Hakikatnya tujuan sesebuah perbadanan tabung mengenakan kadar bayaran bunga adalah hanya ingin faedah dan keuntungan dari pinjaman yang dibuat.    

Pihak yang berkenaan perlu menyelidiki tentang kepentingan faedah yang diwujudkan.  Kesimpulannya adakah perlu juga mengenakan kadar bayaran bunga? Ini kerana wang yang diterima oleh pelajar ini akan dibelanja untuk makan, seterusnya akan menjadi darah daging pelajar itu sendiri. Sedangkan salah satu faktor kecemerlangan  pelajar adalah dari sumber yang halal.

Seterusnya sebelum pihak pinjaman memberi wang pinjaman kepada pelajar perlulah menyemak dan menteliti pelajar yang memerlukan wang sahaja.  Ini kerana melalui cara ini dapat mengurangkan kes atau masalah pelajar yang tidak mampu membayar balik pinjaman.